Kini cuaca seperti azab bagi umat di dunia, mana taknya keadaan cuaca yang panas sehingga ramai yang tak tertahan. Mungkin ini kesan daripada perbuatan manusia juga yang telah merosakkan alam ciptaan Tuhan. Dalam surah AL-Araf ayat ke 55, ALLAH berfirman:
Ertinya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
Manusia sekarang sudah banyak yang abaikan agama, hiburan sepanjang masa hingga lalai dan lupa kepada perintah ALLAH, tengok sahaja di kaca television sekarang semua saluran banyak yang melalaikan, boleh dikatakan semua penuh dengan hiburan. Yang malangnya, hari-hari tertentu sahaja yang disiarkan forum agama. Keadaan sebegini tidak seimabang malah boleh mengakibatkan banyak gejala-gejala negative berlaku sekarang.
Kini banyak fitnah datang dari bumbung-bumbung rumah kita iatu arial TV sebab apa arial TV? Sebab siaran-siaran di TV menceritakan banyak perihal tentang wanita kini tetapi tidak banyak megaitkan dengan hukum ALLAH, tengok sahaja segmen fesyen wanita semua tidak menepati ajaran Islam. Lagu-lagu di TV pun banyak yang jiwang-jiwang, banyak yang mengatakan cinta terhadap manusia sehingga boleh menjauhkan umat islam dengan cinta terhadap ALLAH yang sepatutnya manusia mencintai ALLAH dan NABI MUHAMMAD S.A.W sebelum mencintai manusia.
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. {surah AL-Imran :ayat 8}
sabda Rasulullah yang bermaksud : aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,iatulah kitab Allah dan sunnah nabi-Nya;(Malik,t.th :502)
Banyak kali kita diingatkan agar berpegang teguh dengan Al-quran dan Sunnah Nabi agar hati kita tidak terpesong. Adakah kita telah khatam AL-quran? Apa maksud khatam? Adakah denga kita khatam Al-quran banyk kali untuk tunuj dengan orang atau lain-lain tujuan. Khatam Al-quran hendaklah kita memahami dan menghayati isi-isi kandungan Al-quran itu, bukan sahaja kita membacanya sahaja kerana setiap ayat AL-quran, boleh dijadikan panduan hidup banyak ilmu yang belum kita terokai dalam AL-quran tersebut. Alangkah ruginya jikalau kita umat Nabi Muhammad tidak menghayati dan memahami Al-quran. Sebelum ayat-ayat suci Al-quran ALLAH ambil, cepat-cepat lah kita menghayatinya.....
No comments:
Post a Comment