Aku terfikir sesuatu setelah salah seorang ahli panel tersebut iaitu adik Amin berkata bahawa anatara adab anak dengan ibubapa yang paling kita tidak perasan ialah adab semasa bercakap dengan ibubapa. Ya! Setuju dengan apa yang adik Amin katakan. Adik Amin memberi contoh percakapan seorang anak apabila ibunya menyuruh sesuatu. Contoh dialog:-
Ibu: Amin....
Amin....
Amin: Hmmm..........
Ibu: Amin, tolong ibu belikan bawang kat kedai depan tu...
Amin: Alah,...ibu ni, Amin tak nak lah cerita kartun ni tak habis lagi..huh!
Mungkin tanpa kita sedari percakapan sepert ini tidak melukai hati ibu tetapi hakikatnya hati ibu tersentuh dengan kata-kata kita. Berkali-kali ibu memanggil tetapi tidak dijawab malah apbila dijawab sungguh kasar bahasa dan nada. Cara atau adab yang paling baik bila bercakap dengan ibubapa adalah dalam nada yang LEMBUT dengan perkataan dan bahasa yang BAIK.
Ahli panel Syafiqah sangat dikagumi, dia telah kehilangan ibunya ketika dia berumur 4tahun. Petah berbicara kerana cita-citanya ingin menjadi pendakwah. Ku lihat dia seorang anak yang sangat tabah. Pelbagai ragam semasa adik-adik ni di studio tetapi mereka bersungguh-sungguh berpidato tentang kasih ibu. Penonton – penonton distudio ada yang mengalirkan air mata. Aku yang melihat pun menitis air mata tanpa disedari. (T_T)..............
No comments:
Post a Comment