بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(¯`•¸•´¯)U Follow Me(¯`•¸•´¯)

Monday, May 31, 2010

# ExCiTiNg @ SiNgApOrE #

perjalanan ke singapura hanya memakan masa 1 jam sekiranya tidak berlaku kesesakan lalulintas. kebiasaanya kesesakan akan berlaku apabila tiba di imigresion johor kerana banyak jalan2 yang sedang di upgrade. tiba di imigresion singapore juga tiada masalah kerana pengaturan sistem yang baik jadi melancarkan pergerakan kenderaan. tiba di singapura handfone dimatikan agar kredit tak jalan.=DD
hari jumaat, tiba di rumah asyraf dan stay sampai malam. menu malam tu memangsedap hingga menjilat jari.hehe...lepas isyak jalan2 di bandar singapura yang telah banyak berubah. kenangan2 dulu terimbas kembali..0,O
hampir satu singapore dah pusing, bermalam di rumah Ahmad zaki. esok pagi2, bekalan semua dah prepare sebab nak berkelahkat bukit batuk tapi ayraf sekeluarga dan izzati tak dapat nak join..agak2nya kalau semua ada confirm tak keluar dalam air tu.

::: sweet memories with my beloved cousins :::
::... see u during raya ...::

Tuesday, May 25, 2010

# HiMpiT MeNgHiMpiT #

Seperti biasa sebelum memulakan sesuatu memang dh dibiasakan membaca bismillah dan doa2 yg sepatutnya..

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami
sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

Hari sabtu yg lalu,aku menghantar adik pegi sekolah lebih kurang pukul 7.3o pagi..kenderaan memang banyak..masa nk hantar tu Alhamdulilah selamat sampai sekolah...tapi perjalanan nk balik ke rumah berlaku sesuatu yg memang tak dijangka...lampu isyarat hijau aku terus tekan minyak n tiba kt satu tmpt, kiri jln rya ada pjbt pos,bank dll pada masa yg sama ade kenderaan berhenti kt situ..myb mereka mls nk masuk parking kt dlm tu yg berderet kereta kt tepi tu...aku mmg dh biasa dgn jln tu, masa bljr kereta pun jpj tu ade ckp suruh hati2 sikit...tp ntah mcm mne bas kt depan aku tu boleh menghimpit kereta aku yg sedang laju memcut...aku tak nmpk pun dy bg signal...aku hny nmpk dy bg signal lpas kereta aku dh betul2 dekat ngn blkng bas, xkan akunk slow secara mengejut..dh la kereta kt blkng pun lju...aku terus tekan je mnyak tuk lepas dr bas....tbe2 je dy nk himpit ke kanan...aaarrrhh!!! bedetak jantung aku...sikit lagi kereta aku nk naik kt divider...huh! dh la tinggi divider tu...aku terus je tekan hon lama2...seb baik selamat..ada sikit calar kt side mirror..tp tak diketahui oleh ayah...sampai rumah muka slumber je mcm xde ape..aku ANTI-BAS & LORI....:DDD

Monday, May 24, 2010

# DuHai AnAk KeCiL #

Duhai anak kecil yang bijak, berani dan pekertimu yang sungguh ku kagumi. Alangkah bagusnya anak-anak kita dilahirkan seperti itu. Alangkah bagusnya jika anak-anak zaman sekarang telah di dedah kan dengan pendidikan yang seperti itu. Sebenarnya rancang di kaca TV semalam telah membuatkan aku bangga dan terharu melihat anak-anak kecil yang lantang suaranya memberi pandangan tentang kasih ibu, anak-anak kecil yang merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis Nabi. Rancangan Forum Perdana Adik-adikku......

Aku terfikir sesuatu setelah salah seorang ahli panel tersebut iaitu adik Amin berkata bahawa anatara adab anak dengan ibubapa yang paling kita tidak perasan ialah adab semasa bercakap dengan ibubapa. Ya! Setuju dengan apa yang adik Amin katakan. Adik Amin memberi contoh percakapan seorang anak apabila ibunya menyuruh sesuatu. Contoh dialog:-

Ibu: Amin....

Amin....

Amin: Hmmm..........

Ibu: Amin, tolong ibu belikan bawang kat kedai depan tu...

Amin: Alah,...ibu ni, Amin tak nak lah cerita kartun ni tak habis lagi..huh!

Mungkin tanpa kita sedari percakapan sepert ini tidak melukai hati ibu tetapi hakikatnya hati ibu tersentuh dengan kata-kata kita. Berkali-kali ibu memanggil tetapi tidak dijawab malah apbila dijawab sungguh kasar bahasa dan nada. Cara atau adab yang paling baik bila bercakap dengan ibubapa adalah dalam nada yang LEMBUT dengan perkataan dan bahasa yang BAIK.

Ahli panel Syafiqah sangat dikagumi, dia telah kehilangan ibunya ketika dia berumur 4tahun. Petah berbicara kerana cita-citanya ingin menjadi pendakwah. Ku lihat dia seorang anak yang sangat tabah. Pelbagai ragam semasa adik-adik ni di studio tetapi mereka bersungguh-sungguh berpidato tentang kasih ibu. Penonton – penonton distudio ada yang mengalirkan air mata. Aku yang melihat pun menitis air mata tanpa disedari. (T_T)..............



Saturday, May 22, 2010

# sebiru hari ini 0001 #

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


# LaKsA JoHoR #


Nampak simple laksa ni tapi bahan-bahan nak buat laksa ni sangat lah banyak dan agak lama jugak masa digunakan nak prepare semua bahan. masa raya aidilfitri kat kg (Alor Gajah Melaka), masa raya ketiga semua ahli rumah xde idea nak masak apa dan ramai lagi sedara mara rapat yang x datang lagi. jadi buat keputusan nak buat laksa johor. wah! tak sangka laku jugak laksa ni sampai xcukup. mee untuk laksa ni bukan mee kuning biasa tu tapi guna mee spagheti jadi agak mahal jugak. agaknya org melaka 1st time rasa laksa ni.tapi apa2 pun Alhamdulilah sedap jugak rasanya. ^__^ >,O


Thursday, May 20, 2010

Aku Ingin Mencintai-Mu Edcoustic


Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Pencipta :
Album : Muhasabah Cinta
Label : Edcoustic

# AdAkAh AnDa MeMiLiKi PeRiBaDi DiSuKaI RaMaI? #


Hampir keseluruhan daripada anda semua menginginkan agar disukai atau disayangi oleh orang lain. kemana saja anda pergi, dengan siapa saja kita bertemu, maka dengan mudah anda disambut dan diterima. adakah keadaan yang digambarkan itu berlaku ke atas diri anda?


1) kebanyakkan orang yg pernah bertemu dgn anda, ingat akan wajah anda dan menyapaanda.

2) org yg belum anda kenal mudah bercakap dgn anda dan demikian memudahkan anda bercakap dengan mereka.

3) semasa memulakan pekerjaan baru atau pergi seorang diri ke majlis sosial atau bercuti di kampung kawan, mudah bagi anda merasakan seperti di rumah atau di kampung sendiri.

4) kaum berlainan jantina dgn anda senang hati bila berjumpa dgn anda dan mudahbergaul dgn anda.

5) kenalan anda menceritakan keadaan keluarga meraka.

6) mereka datang menemui anda meminta pandangan atau nasihat.

7) mereka mengaku kepada anda jika mereka melakukan sesuatu kesalahan atau melepaskan gelora perasaan tentang sesuatu yang terjadi pada diri mereka.

8) kenalan anda selalu singgah ke rumah anda dan berbual-bual.

9) mereka bertanya ke mana anda menghilang jika mereka lama tidak berjumpa dengan anda.

10) jika anda mengalami kesulitan dgn tidak anda duga ramai yg datang menanyakan hal anda dgn simpati.




Monday, May 17, 2010

# KeHiDuPaN #

Kini cuaca seperti azab bagi umat di dunia, mana taknya keadaan cuaca yang panas sehingga ramai yang tak tertahan. Mungkin ini kesan daripada perbuatan manusia juga yang telah merosakkan alam ciptaan Tuhan. Dalam surah AL-Araf ayat ke 55, ALLAH berfirman:

Ertinya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

Manusia sekarang sudah banyak yang abaikan agama, hiburan sepanjang masa hingga lalai dan lupa kepada perintah ALLAH, tengok sahaja di kaca television sekarang semua saluran banyak yang melalaikan, boleh dikatakan semua penuh dengan hiburan. Yang malangnya, hari-hari tertentu sahaja yang disiarkan forum agama. Keadaan sebegini tidak seimabang malah boleh mengakibatkan banyak gejala-gejala negative berlaku sekarang.

Kini banyak fitnah datang dari bumbung-bumbung rumah kita iatu arial TV sebab apa arial TV? Sebab siaran-siaran di TV menceritakan banyak perihal tentang wanita kini tetapi tidak banyak megaitkan dengan hukum ALLAH, tengok sahaja segmen fesyen wanita semua tidak menepati ajaran Islam. Lagu-lagu di TV pun banyak yang jiwang-jiwang, banyak yang mengatakan cinta terhadap manusia sehingga boleh menjauhkan umat islam dengan cinta terhadap ALLAH yang sepatutnya manusia mencintai ALLAH dan NABI MUHAMMAD S.A.W sebelum mencintai manusia.


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. {surah AL-Imran :ayat 8}

sabda Rasulullah yang bermaksud : aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,iatulah kitab Allah dan sunnah nabi-Nya;(Malik,t.th :502)

Banyak kali kita diingatkan agar berpegang teguh dengan Al-quran dan Sunnah Nabi agar hati kita tidak terpesong. Adakah kita telah khatam AL-quran? Apa maksud khatam? Adakah denga kita khatam Al-quran banyk kali untuk tunuj dengan orang atau lain-lain tujuan. Khatam Al-quran hendaklah kita memahami dan menghayati isi-isi kandungan Al-quran itu, bukan sahaja kita membacanya sahaja kerana setiap ayat AL-quran, boleh dijadikan panduan hidup banyak ilmu yang belum kita terokai dalam AL-quran tersebut. Alangkah ruginya jikalau kita umat Nabi Muhammad tidak menghayati dan memahami Al-quran. Sebelum ayat-ayat suci Al-quran ALLAH ambil, cepat-cepat lah kita menghayatinya.....


Friday, May 14, 2010

# LeLaKi GeMaR MeLiHaT sEoRaNg WaNiTa #


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,”Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu”.
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Wednesday, May 12, 2010

# KiSaH SeBuAh KeReTa SpOrT #


Seorang pemuda mengharapkan sebuah kereta sport dari ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu keinginannya kepada ayahnya. Si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin jika ia mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pengajiannya, ayahnya akan membelikannya kereta sport itu.

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..memperoleh kejayaan cukup cemerlang..hatinya berbunga riang...satu hari...si ayah memanggil si anak..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg diinginkannya...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada raut wajah ayahnya yang tenang, seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... kemudian si anak membuka bungkusan kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil, dgn
cover kulit tinta emas menghiasi tulisan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya bangkit...nafsu mudanya bergelojak...

"
Ayah sengaja mempermainkan saya?!...ayah bukannya sudah tahu betapa saya menyukai kereta sport merah itu?!!...bukannya ayah tidak mampu untuk membelinya?!!...Sudahlah Ayah!...bukan Al-Quran ini yang saya mahu!!”...bentaknya keras...Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja kerja ayahnya...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi kesempatan sedikit pun untuk si ayah bersuara...pakaiannya dikemaskan ke dalam beg...Lantas, dia meninggalkan rumah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...mempunyai perniagaan sendiri...dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...saat dia melamunkan fikirannya mengenai masa silam tiba-tiba telefonnya berdering...dan mengkhabarkan bahwa...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segalayang berkaitan perwarisan harta...dan buat pertama kalinya setelah dia berkeluarga...si anak pulang ke rumah ayahnya...memperhatikan rumah yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya...hatinya sedih..bertambah sedih lagi saat dia mendapati di atas meja kerja ayahnya...Al-Quran yang di hempaskannya dulu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ...mengambil Al-Quran itu..membukanya dengan penuh keharuan...Tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...sebuah kunci...di muka belakang Al-Quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselipkan di situ...kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta sport idamannya...dibelikan pada hari ia menerima segulung ijazah...dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah,sepucuk warkah..tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa buat putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan yang amat mendalam...namun segalanya sudah terlambat...


Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? Fikirkanlah bersama...

Tuesday, May 11, 2010

# mimpi oh mimpi#


mimpi oh mimpi...satu hari tu fatin, zyma, k zati n wani g jln2 kt pekan naik bas la tp...agak2 dh lme sgt kt pekan tu fa.zy.za.wa balik la khar sme2 tp k zati n wani nk pegi mandi kt kalumpang, yang fatin n zyma lak g turun kt kampus sbb ade kelas dengan en. zahid...masa pun berlalu, wani n k zati berseronok-seronok mandi kt water fall... fatin n zyma pun dh abis kelas terus makan kt kdai luar kampus (xigt kut nme kdai ape)...hurm,, tgh zyma sibuk bual-bual ngn fatin, tiba-tiba zyma terigt yang beg lptop n nfon dy tertinggal kt bastop kt depan kampus...ahaha..zyma pny la cemas gile smpai fatin ckp"sabaq la dlu,p tepon zati amir tu"(pelik tbe2 suh col zati amir)... zyma pun col je zati, pastu zati pun sampai kt kampus...(time ni fatin n wani tbe2 disappear)... zyma n zati trus g kt makmal tmpt en zahid tgh ajar bdak2 ni...zyma mnx pinjm kereta en zahid sbb kampus upsi ni dh besar so bnyk tmpt yg xtau dan semua jauh2...seb baik en zahid bg pinjam tp muka dy ckit risau la sbb kereta baru...hurm, msuk je zyma n zati dlm kete kenari wane coklat krim, zyma terkjut sbb tgk kereta auto...hahaha...xreti pun gune auto ni..last2,redah je jnji beg lptop tu selamat...semua zyma langgar, pembahagi jln pun zyma langgar,zati amir dy takut je xbnyk ckp...last2 jupe beg tu slmt je dy kt bastop, beg tu kaler pink cm beg zati amir..ahahaha...lpastu semua dlm mimpi ni disappear sbb zyma dh bngun....TAMAT ^_^

::...kereta tu tempat kepala gear tertanggal, lupe nk betulkan sblm bg kt en zahid...::

Monday, May 10, 2010

# rAgAm BuLaN MeI #

bulan mei memang merupakan bulan yang banyak kenangan, pelbagai tarikh - tarikh penting berlaku...alhamdulilah atas kurnia dan nikmat yang ALLAH berikan pada hamba - hambaNYA ^_^...

:::...1 mei = hari pekerja (penting gak sbb boleh cuti..hehe)...:::
:::...13 mei = hari anniversary bonda dan ayahnda tercinta...:::
:::...16 mei = hari guru (^_^)...:::
:::... 25 mei = aku dilahirkan di muka bumi ALLAH ni yang hanya bersifat sementara...:::
:::... 1 mei hingga 31 mei = birthday2 kawan - kawan aku...:::
sajak yang aku hasilkan ni xlah berapa hebat dan puitis sangat tapi bolehla, aku buat khas untuk BondaAyahnda tercinta sempena hari ulang tahunperkahwinan mereka...

Tanggal 13 mei....

Sebuah masjid telah dibina dengan penuh kesyukuran...

air muka ayah bonda dan sanak saudara mencerminkan kegembiraan...

Aku terima nikahnya.............

Alhamdulilah bersatu lah dua orang hamba ALLAH manakala syaitan dalam kekalahan...

Kedua-duanya yang sama padan dan serasi tersipu - sipu malu...

Kini, rumahtangga telah jejak hampir21 tahun...

Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi kebahagiaan rumahtangga hingga kini...

Harapan, agar ALLAH memberkati keluarga Hj mohd johar...

Anak-anakmu mendoakan agar kekal dan bahagia hingga ke Syurga...

Amin.. (pembaca sajak FARRA HAZIQAH)

# sUrAt DaRi WaNiTa #

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih
pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih
berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir
yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai
keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal
dinobat sebagi ahli syurga, memimpinku ke arah tuju
yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s.
yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku
terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh
mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di
dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita
berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi selagi kita
tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan
kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih
tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan
kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku
takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik
dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang menjadi harta buatku
sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa
tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia
melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan
Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

pss:: Setuju sepenuhnya dengan puisi ini...Puisi ini mewakili hati ini....

Sunday, May 9, 2010

# ana uhibbu umi #



Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang
laksana pepasir di pantai
Yang
telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang
tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan
menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar
dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

Monday, May 3, 2010

# HaRi - HaRi AkHiR Di KhAr #


Masa berlalu dengan pantas…rupa2nya dh abis setahun pengajian kat Upsi…hurm,,,bnyk suka duka kt sini… esok exam falsafah,aiyo nk tunggu exam satu ni punyalah lama mcm2 benda dh aq buat…tengok cete korea (you are beautiful), cete Hindustan pun ade (my name is khan)…cete ni bnyk bagi kesan kt penonton,mcm2 aq piker sal cete tu…salah satu yg aq nk tau penyakit sindrom asperger… myb aq akn cri info pasal sindrom tu… ^_^

Saturday, May 1, 2010

# fLy Me To ThE mOoN #


Fly me to the moon Let me sing among those stars Let me see what spring is like On jupiter and mars In other words, hold my hand In other words, baby kiss meFill my heart with songLet me sing for ever more You are all I long for All I worship and adore In other words, please be trueIn other words, I love you

Another Templates


-Dani-