Dalam menikmati cinta kita tetap perlukan matlamat supaya cinta kita memberi kebahagiaan mendalam pada diri kita. Barulah ada maknanya cinta tu.

Tak ada matlamat bercinta, maka tak akan kekal bahagia di hati kita. Sebabnya, kita seolah-oleh tak mahu meletak kebahagiaan cinta tu lama-lama di dalam hati. Asyik bertukar-tukar.

Bila tidak ada matlamat cinta, Anda akan terdorong untuk bermain-main ketika bercinta dengan kekasih Anda. Cinta Anda tak sampai ke jinjang pelamin, sekadar putus begitu saja.

Kemudian Anda akan cari orang lain lagi, bercinta lagi, putus cinta lagi. Selepas itu, cari lagi orang lain, bercinta lagi, putus lagi. Bila nak ada penyudahnya? Bila nak kawinnya?

Mulai sekarang, mari kaji balik cinta kita selama ni. Tanya diri Anda sekarang di dalam, Anda bercinta untuk apa? Adakah untuk:

1. Merasa bahagia sahaja tanpa ada penyudah dengan nikah..
2. merasa bahagia, menyudahi perhubungan cinta dengan nikah, bina keluarga sendiri, bercinta sebagai sebuah keluarga.
3. Sekadar suka-suka, hanya mahu tahu mempelajari saikologi cinta.
4. Membuktikan pada kawan-kawan Anda ada ramai peminat dan ramai pasangan. Sekali petik, sepuluh yang datang!

Cinta lahir dari hati, masuk ke emosi lalu meresap ke fikiran. Untuk kita berjaya menjadi seorang pencinta pada pasangan kita, kita perlu pasang matlamat. Pasanglah matlamat untuk:

a. Membahagiakan orang yang Anda cintai.
b. memberi yang terbaik untuk pasangan Anda.
c. upgrade hubungan cinta Anda ke level seterusnya – BERNIKAH.
d. Melebihkan peranan Anda pada pasangan, bukan mempersoalkan hak dan keutamaan.
e. Terima pasangan Anda seadanya dia, terima kekurangannya, kagumi kelebihannya.

Saranan saya, masukkan matlamat point ‘a’ hingga ke matlamat point ‘e’ sebagai sebahagian dari matlamat Anda dalam bercinta. Matlamat memandu usaha kita dalam mencari bahagia bercinta. Tak ada matlamat, kita akan hilang arah.



Sumber: http://www.imotivasi.net/tip-cinta-pasang-matlamat-bercinta.html