Dalam hampir kesemua artikel motivasi yang saya tulis, saya selalu menekankan kepentingan matlamat. Beri ingatan pada diri sendiri supaya selalu menulis matlamat Anda. Tetapkan apa dia dan jangan ubah-ubah selagi matlamat yang Anda tulis tadi tu belum berjaya dicapai.
Dalam menikmati cinta kita tetap perlukan matlamat supaya cinta kita memberi kebahagiaan mendalam pada diri kita. Barulah ada maknanya cinta tu.
Tak ada matlamat bercinta, maka tak akan kekal bahagia di hati kita. Sebabnya, kita seolah-oleh tak mahu meletak kebahagiaan cinta tu lama-lama di dalam hati. Asyik bertukar-tukar.
Bila tidak ada matlamat cinta, Anda akan terdorong untuk bermain-main ketika bercinta dengan kekasih Anda. Cinta Anda tak sampai ke jinjang pelamin, sekadar putus begitu saja.
Kemudian Anda akan cari orang lain lagi, bercinta lagi, putus cinta lagi. Selepas itu, cari lagi orang lain, bercinta lagi, putus lagi. Bila nak ada penyudahnya? Bila nak kawinnya?
Mulai sekarang, mari kaji balik cinta kita selama ni. Tanya diri Anda sekarang di dalam, Anda bercinta untuk apa? Adakah untuk:
1. Merasa bahagia sahaja tanpa ada penyudah dengan nikah..
2. merasa bahagia, menyudahi perhubungan cinta dengan nikah, bina keluarga sendiri, bercinta sebagai sebuah keluarga.
3. Sekadar suka-suka, hanya mahu tahu mempelajari saikologi cinta.
4. Membuktikan pada kawan-kawan Anda ada ramai peminat dan ramai pasangan. Sekali petik, sepuluh yang datang!
Cinta lahir dari hati, masuk ke emosi lalu meresap ke fikiran. Untuk kita berjaya menjadi seorang pencinta pada pasangan kita, kita perlu pasang matlamat. Pasanglah matlamat untuk:
a. Membahagiakan orang yang Anda cintai.
b. memberi yang terbaik untuk pasangan Anda.
c. upgrade hubungan cinta Anda ke level seterusnya – BERNIKAH.
d. Melebihkan peranan Anda pada pasangan, bukan mempersoalkan hak dan keutamaan.
e. Terima pasangan Anda seadanya dia, terima kekurangannya, kagumi kelebihannya.
Saranan saya, masukkan matlamat point ‘a’ hingga ke matlamat point ‘e’ sebagai sebahagian dari matlamat Anda dalam bercinta. Matlamat memandu usaha kita dalam mencari bahagia bercinta. Tak ada matlamat, kita akan hilang arah.
Sumber: http://www.imotivasi.net/tip-cinta-pasang-matlamat-bercinta.html
1 comment:
assalamualaikum...
matlamat adalah satu destinasi yang ditetapkan sebelum bermulanya perjalanan atau sedang meniti perjalanan...lumrah hidup, apabila kita sudah capai matlamat maka kerja pun selesai...bila kita sampai ke destinasi, maka perjalanan pun terhenti..
jadi, pendapat saya, nikah bukanlah matlamat dalam bercinta, sebaliknya nikah adalah alat yang sah untuk bercinta sesama manusia(berlainan gender)...jika nikah adalah matlamat bercinta, demikianlah yang berlaku hari ini, ramai pasangan yang bercerai selepas nikah, kerana mereka sudah sampai pada matlamat mereka iaitu "nikah", maka mereka tidak lagi merasai 'perjalanan' bercinta kerana ia telah terhenti kerana sampainya mereka pada matlamat...
berbeza mereka yang bercinta bermatlamatkan yang lebih jauh daripada 'nikah'...maka mereka akan melihat 'nikah' adalah permulaan perjalanan per'cinta'an bukan pengakhir kepada cinta...
matlamat adalah destinasi terakhir...maka ber'cinta'lah selepas bernikah...dan tetapkanlah matlamat 'cinta' selepas ber'nikah' itu dengan matlamat sebenar ataupun destinasi terakhir sebenar manusia, iaitu sampai kepada Allah s.w.t, yang mana semua manusia akan kembali padaNya...
Allah Ghayatuna ( Allah matlamat kami )
sekadar pandangan daripada manusia yang fakir.
Post a Comment