بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(¯`•¸•´¯)U Follow Me(¯`•¸•´¯)

Sunday, November 27, 2011

:: Untuk adik-adik kakak ::


Assalamualaikum w.b.t



لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 


Khas untuk adik-adik kakak, kakak ucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya menamatkan peperiksaan besar yang sangat memerlukan ketekunan dan pengorbanan. Tahniah juga kerana berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang yang setimpal dengan apa yang adik-adik usahakan selama ini. Pesan kakak supaya jangan jadikan peperiksaan yang telah lalu sebagai pemusnah semangat untuk tidak belajar tetapi jadikan sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjaya dan berbakti untuk mama & ayah. Untuk Nabila Shuhana, kakak harap selepas ini adik lebih tekun untuk menghadapi SPM, abaikan perkara-perkara yang boleh memusnahkan impian untuk berjaya. Jauh lagi kaki melangkah untuk samapi ke puncaknya dan ingat setiap langkah ada duri-duri yang menghalang, jadi kuatkan diri dan sentiasa ingat kepada ALLAH S.W.T. Sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH, pastikan sebelum keluar rumah aurat dijaga kerana adik semakin dewasa insyaALLAH dengan aurat dijaga diri kita terhindar dengan perkara-perkara buruk. Jangan tinggal solat.


Untuk Farra Haziqah, kakak ucapkan tahniah. Usaha lagi, jangan jemu untuk belajar. Selepas ini, pelbagai cabaran yang datang kerana adik semakin dewasa hampir menginjak umur 13 tahun. Kakak harap, adik sentiasa dengar nasihat mama & ayah. Jangan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak boleh bawa adik berjaya di dunia & akhirat. Pilih kawan yang baik suapaya adik pun akan jadi baik. 


Kakak Sayang Adik..(:




No comments:

Another Templates


-Dani-