بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(¯`•¸•´¯)U Follow Me(¯`•¸•´¯)

Saturday, December 18, 2010

# kisah hari ini #

hari ni memang penuh dengan cerita..pagi tadi pergi stadium..mungkin tgk gymnastik tak pun perlawanan bola..hurm, tidak, tidak semua salah..pergi stadium pergi beli baju canggih..ala, baju budak sekolah tu..seronok adik-adik aku beli baju sekolah baru..setiap tahun mesti beli..ma, nak beli kasut sekolah(ala2 keanakan gitu)..tiba2 teringin pulak nak pakai seragam sekolah..hahaha..

hari ni mak aku kerja overtime a.k.a OT..maksudnya OT dgn anak2..hehe..kebiasaannya OT dpt duit lebih..tapi kali ni punya OT duit keluar dari purse pulak..

alamak! yg syok sekali tuh lauk tengah hari ni..tempoyak + petai + udang..wah! memang sedap..

nak share resepi tp alahai malasnya nak taip..hahaha...nk makan lagi ni..next time lah share..=DD




Sunday, December 12, 2010

# ada-ada sahaja #

Seronok sangat tadi..hehe..berjalan di sekitar pasir gudang..meredah segala pelosok tempat yang tak pernah aku pergi..confident sangat kan..pergi reunion di Kg pasir putih rumah qadir, dia sambung belajar di australia cos mechanical engeneering..walaupun tak dapat jumpa semua sekurang-kurangnya dapat jugak berbual-bual..masing-masing dah berubah fizikal..hampir tak kenal..hehe..


||Cantik kak shy masa ni..mantap lah..hehe..||


Minggu ni boleh dikatakan seronok la jugak..hari jumaat naik bas pergi muar sampai depan hospital pergi pulak bakri rumah pak cik nina lepas tu baru sampai rumah kak shy..petang jumaat tu pergi lagi jalan di giant beli hadiah suprise untuk Pn. Shaiha..sweet sangat hadiah tu..hahahaha=DD

Mula-mula kenal kak shy ni masa hantar borang untuk join MSK 2010/2011..masa tu dia bagi no fon dia supaya kalau ada apa-apa masalah berhubung terus dengan dia..malu-malu je aku masa tu..

Jumpa dia lagi masa program bengkel fasilitator muda dari siri 1 hingga siri 4.. sejak dari siri 4 tu makin rapat berkawan dengan kak shy, nina, tiqah dan ros..banyak kenagan bersama..

Walaupun baru je kenal kak shy, rasa macam dah lama berkawan..cepat masa berlalu..

semoga Pn. Shaiha dan suami bahagia hingga ke syurga..(=


Thursday, December 9, 2010

# yang bersahaja #

entri ni saje2 sebab tak de kje...

esok 10/11/2010 pergi muar atau muo...

kenduri kak shy..

jadi sempena itu, nk bg lagu kt dy...hehe



Saturday, December 4, 2010

# salam selasih berlayar kasih #

tiada ungkapan secantik kasih..
tiada kata seindah sayang..
tiada bicara sesendu rindu..
tiada bait berbekas kenangan..
hanya itu mmpu ku titip..
huhuhuhuhuhu..
tqvm..
utk pic n ungkapan tu..
sesungguhnya kehidupan ini
akan terasa terlalu sunyi tanpa sahabat..
akan terasa terlalu sepi tnpa usik tawa sahabat..
akan terasa rugi tanap pesan dan ingtan dri sahabat..
akan terasa sayu bila tidak memiliki sahabat..
sayang awk2 sume....
waaaaaaaaaaaaaaaaa....
antara doa2 yg mustajab dan mudah termakbul..
adlah doa dr seorg sahabat...
tiada kata yang dapat di gambarkan..
hanya terima kasih..
pengikat kasih....
luv allz sgt2....

from birthday girl (tiqah)


Friday, December 3, 2010

# seronok jah #

Entri ni diedit semula sebab dapat idea dari blog seorang sahabat.

Sedang dalam bas, kedai makan, dalam kereta dan dimana saja aku berada diluar rumah pasti saja terjumpa dengan sepesis kereta keluaran perodua iaitu myvi..(tergelak sedikit)

Teringat pula kisah aku dgn myvi juga seperti disini hehe..

Dalam kepekatan malam..haha...teringat kejadian berlaku rabu malam khamis..bergetar-getar telifon selular aku menandakan banyak mesej masuk termasukalah mesej orang yang tak dikenali...aku duduk di kerusi sambil pandang ke hadapan kononya fokus..sebenarnya dah masuk 6 kumpulan buat pembentangan malam tu..tapi satu kumpulan je dapat aku fokus iaitu kumpulan aku sendiri lah..=D

Gggrrr...gggrrr...gggrrr..oppss vibrate kuat sangat..mesej dari kak nadiah masuk “dik nanti habis kelas akk amek”.lalalala...

Malam makin larut, jam aku yang cantik tp sekarang dah tanggal talinya menunjukkan pukul 10 malam..jeng3x...”en bob, sy mintak keluar awal ye sebab ade hal” ting..tong..kelentong...tp betul je memang ada hal..

5minit tunggu kak nadiah tapi tak muncul jugak...angin malam membuatkan tubuh betambah dingin, sekali pandang aku ternampak kelibat putih-putih..huhu...eh2, kak nadiah rupanya dengan myvi putih...

Krek..(bunyi bukak pintu kereta,yeke?)..fuh! dahsyat lah kereta ni (keadaan di dalam yang agak berselerak), 1st time nampak..

Ok, fine...naik dan terus kan perjalanan...destinasi pertama petronas isi minyak, lepas tu pergi kedai makan cecupak ke cupak ek lupa pulak, akhir sekali baru balik kampus laksanakan tanggungjawab di UPSI...=p

Uh, tak sangka pulak masa nak ke petronas, kak nadiah perasan jalan di sebalah kanan ada pemeriksaan polis...tup,tup kat situ jugak berhenti tukar pemandu..

Sekarang aku mengambil alih di seat pemandu..pakai tali pinggang, betulkan kerusi, tengok side mirror, tengok cermin belakang..ok semua perfect...lepas tu jalan la..

Kereta bergerak perlahan dan seyum melepasi polis...eh! polis suruh berhenti jugak...ok, fine ( muka cuak je ni)..

Dialog dalam kereta:

Aku: adeyy, kene tahan jugak..kenapa ntah...huhu (sambil buka seat belt)

Kak nadiah: cepat, buka tingkap..

Aku: ni mana butang window ni. Tak nampak la kak. Bukak kan lampu jap.

Kak nadia meraba-raba cari lampu, pun tak berjaya nak bukak. Polis dah di sebelah kereta sambil ketuk cermin, maknanya dia suruh bukak tingkap tu.

Aku pun terus je bukak pintu..eh! tiba2 polis cakap, kenapa tak pakai seat belt ni.. “en, td sy pakai je. Ni sebab nak turun yang bukak seat belt, sy tak tipu en.”

Ok,dah2 pergi kat meja sana tu..=D



Another Templates


-Dani-