Monday, February 27, 2012
Andainya~
Tuesday, January 17, 2012
:: Andai Ada Kekasih Sebegini, Pasti Beruntung Si Anak Dara::
Saya suka tengok jari kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sampai takut nak pegang… Bukan takut patah… Tapi takut nanti jari kami tak boleh tolong antara satu sama lian pada suatu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa…
Saya suka tengok rambut kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sebab itu saya belikan tudung… Bukan sebab jcemburu orang lain tengok juga…. Tapi takut nanti terbakar dek api neraka pada suatu hari yang dahsyat peritnya.
Saya suka tengok liuk lentuk ‘body’ kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekung Supaya masa dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Seronoknya..
Saya sedih tengok kekasih saya. Tak tidur, tak makan rindu pada saya… Saya pun macam tu juga, Ada ‘problem’ yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia al-Quran untuk penenang jiwa… Semoga lebih cintakan-Nya dari saya…
Saya sedih tengok kekasih saya. Selalu pesan macam-macam pada saya… “Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah hati bla.. bla.. bla.. bla..” katanya… Tapi bila tengok movie sama-sama ‘burn’ Asar maghrib begitu sahaja. Dia tak kata satu apa pun… Berdosanye saya….
Kesimpulannya saya memang sayang dia… Nak jumpa, dekat sentiasa, bersama dan mencintainya selama-lamanya… Di dunia dan akhirat terutamanya, matlamat kami Syurga dunia, Syurga akhirat bersama… Bahagia selamanya…
Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti… Nak tanggung dosa dia lagi pulak selepas ni… Semoga kami menginsafi diri… Ya Allah ampunkanlah kami…. Semoga kami dapat bersama selamanya nanti…
Ku cintai dia dalam diam, rindu dalam sepi…
Aku hilangkan keseronokkan sebelum nikah untuk aku dapatkan kenikmatannya bersama selepas akad nikah…
P/S – Aku tinggalkan cinta kerna-MU Ya ALLAH, aku yakin kau pelihara dia lebih dari aku. Aku akan datang sebagai yang sah buat dirinya. Sampaikan salam sayang dan rindu aku pada dia setiap hari Ya ALLAH…Ikat hati kami walau berjauhan.
sumber:http://diarihati.com/blog/2011/05/22/andai-ada-kekasih-sebegini-pasti-beruntung-si-anak-dara/
Tuesday, December 27, 2011
:: Asas Perkahwinan::
KONGSIKAN!
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
P/S PDH : Jangan menunggu sempurna baru menikah.. tapi menikahlah maka kesempurnaan akan datang dalam hidupmu..
sumber:http://diarihati.com/blog/2011/12/17/asas-perkahwinan/
Friday, December 23, 2011
:: Aicha ::
Aicha.
Itu nama cerpen saya kali ini.
Bukan kerana girlfriend saya nama Aicha.
Tetapi kerana saya terbayang isteri solehah apabila saya mendengar lagu Aicha dendangan Outlandish.
Maka di sini saya menulis cerpen ini.
Khas buat bakal isteri saya,
dan juga isteri-isteri serta bakal-bakal isteri saudara saya di dalam Islam.
Enjoy!
Aku melihat meja kerja yang dipenuhi dengan fail tugasan yang bertimbun. Seketika kemudian aku menutup mataku. Dadaku terasa sesak. Kebelakangan ini kerjaku bertambah. Aku pula perlu melakukan segala-galanya dengan baik dan kemas. Hal ini kerana, syarikat tempat aku bekerja tidak teragak-agak untuk memecat pekerja yang merosot prestasinya. Mereka tidak akan merasa rugi kehilanganku kerena masih ramai lagi orang yang berlumba-lumba untuk mengisi tempat di mana aku berada.
Aku menghela nafas lemah. Jari jemari mengurut dahi.
Aku tidak boleh terus begini. Ada manusia yang hidup di bawah tanggunganku. Ada manusia yang berhempas pulas memberikan kehidupan kepadaku. Ada manusia yang aku sayang berkorban untuk keselesaan hidupku.
Kemalasan aku bukanlah balasan kepada kegigihannya.
Perlahan-lahan aku gapai semula pen yang aku biarkan tersadai tadi. Selepas menggumam basmalah, aku mencapai fail yang berada di tempat yang teratas dan aku buka.
“Allah tidak memberati seseorang, melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah ayat 286. Ayat itu aku baca tanda percaya.
Kerja aku mula.
*****
Tanganku dikucup. Begku diambil. Aku memandang wajahnya yang mulus bersih itu.
“Macam mana kerja abang hari ini?” Suaranya menyentuh gegendang telingaku.
Senyumannya yang manis telah memadamkan segala keletihan dan kepenatan. Terangkat segala resah dan gelisah. Hilang segala penat dan lelah. Pantas kukucup dahinya. Dia tidak sempat mengelak. Wajahnya merona merah.
“Abang! Orang nampak nanti.” Dia mengomel sambil menolak bahuku sedikit. Menjarak.
Aku tersenyum. Aku memang suka wajahnya apabila malu. Kemerah-merahan mencuit hatiku. Pantas kupaut tangannya. “Jom masuk?” Aku mengajak.
Dia tersenyum kembali. Membalas pautan tanganku dengan genggaman erat telapak tangannya.
“Abang letih sangat ya?”
“Lebih kurang.” Aku menjawab pendek.
“Jangan risau, abang dah sampai rumah.” Matanya mengenyit.
Dan aku tertawa. Seakan-akan bila aku berada di rumah, aku dilindunginya.
****
“ Minum?” Dia ingin menarikku ke meja makan.
Aku menggeleng. Letih. Namun aku masih berusaha menceriakan roman wajahku. Walaupun isteriku mengetahui aku letih, aku suka untuk tidak memaparkannya.
Lantas dia menarik tanganku ke ruang tamu. Kami berdua duduk di sofa empuk yang terletak di hadapan televisyen. Sunyi mengisi senggang. Televisyen pula tertutup mati. Tiada bicara keluar.
“Kenapa saya nampak abang senyap sangat ni?” Dia memecah sunyi. Ada nada risau pada suaranya.
Aku menatap wajahnya. Senyumanku berbunga. Hati aku jadi lapang. Melihat wajahnya yang bersih itu sahaja sudah cukup menyenangkan, apalagi bila dilayan dan diambil berat sebegini rupa. Tanganku menggapai kepalanya. Rambutnya yang hitam lembut itu kuelus.
“Kerja banyak di pejabat. Bertimbun. Tension.” Aku mengadu.
“Oh. Kesiannya.” Tangannya pula merayap ke dahiku. Mengurut. Buat senyumku automatik melebar.
“Abang dah solat Isya’?” Dia bertanya.
Aku mengangguk. “Alhamdulillah sudah. Semasa perjalanan balik tadi abang singgah ke masjid”
“Macam itulah suami saya. Taat. InsyaAllah, bila taat ini, Allah permudahkan urusannya.”
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad ayat 7.
Aku dengan dia membaca serentak. Kemudian mata kami bertaut. Dan tawa terpecah.
“Boleh tersama pula.” Dia masih menyambung tawa. Wajahnya kelihatan indah.
“Ini penangan satu fikrah.” Aku mengganti tawa dengan senyuman. Nyata terhibur.
“Ah, abang nak saya buatkan air?” Dia mengangkat tanganku yang bermain dengan rambutnya. Kening kirinya diangkat tanda inginkan jawapan segera.
“Solehahnya isteri abang ni. Baiklah, abang nak jus oren boleh?”
“Abang ni, mana ada jus oren dalam rumah ni.” Dia mencebik.
“Kalau macam tu, abang nak Jus Guava”
“ Abang!” Dia mencemikkan muka.
Aku tertawa. Mana ada jus kat rumah aku. Kordial ada la. Itupun kordial sirap.
Aku menarik kedua belah tangannya. “Abang gurau la. Boleh tak kalau abang nak sayang duduk sebelah abang sekejap?”
“Boleh sangat.” Senyuman tergaris pada bibirnya. Dia merapat kepadaku kembali. Kepalanya jatuh pada bahu.
“Abang tahu tak?”
“Ya?”
“Abang ni manja.”
“Haha.”
*****
“Anak-anak ayah rajin ya?” Aku memecahkan sunyi di bilik belajar. Patutlah senyap sahaja apabila aku balik. Tekun menelaah pelajaran rupanya.
Ketiga-tiga anakku menoleh. Toriq, Wasim dan Firdaus memandangku serentak.
“Ayah!” Suara mereka separuh menjerit.
Pantas mereka mendapatkanku dan memelukku serentak. Aku mengusap rambut mereka satu persatu. Isteriku yang berada di meja belajar hanya memandang sahaja. Tadi dia sudah naik lebih awal.
“Jom duduk sama.” Isteriku mengajak.
Aku ditarik anak-anak ke meja belajar. Kami berlima duduk bersama-sama. Aku duduk di antara Toriq dan Wasim manakala isteriku duduk di antara Wasim dan Firdaus. Meja bulat itu penuh dikelilingi kami.
“Ulang kaji atau buat kerja rumah?”
“Ulang kaji.” Mereka bersuara serentak.
“Cikgu tak bagi kerja rumah ke?” Aku bertanya.
“Semua kerja rumah dah siapkan sebelum balik tadi.” Toriq yang sulung menjawab.
“Ibukan ajar supaya siapkan kerja rumah sebelum balik.” Firdaus si bongsu menambah.
“Ibu kata, kalau kerja rumah siap awal-awal barulah ada banyak masa. Boleh pergi main, boleh tengok televisyen, boleh baca Al-Quran, boleh main komputer, dan boleh ulangkaji supaya lebih pandai dan lebih bagus daripada orang lain!” Waqqas, atau senang dipanggil Angah bersuara. Petah.
“Asyik ibu sahaja, ayah tak ada siapa yang sebut pun.” Aku buat gaya merajuk.
Bilik itu gamat dengan ketawa.
Mataku memandang dia. Dia meleret senyum manis. Aku memang tahu, dia mendidik anak-anak kami dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang. Sebab itulah anak-anakku membesar dengan baik dan menjadi anak-anak yang menyenangkan.
“Anak-anak itu adalah ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak saham akhirat, jadi saya akan usaha corakkan mereka cantik-cantik biar mereka ini menjadi pakaian kita di akhirat kelak.” Itulah kata-kata dia pada saat dia mengandungkan Toriq. Aku masih ingat, saat itu dia mengusap perutnya yang membusung itu tanda pengharapan dan cita-cita yang tinggi.
Hatiku kembang dalam diam. Penat kerjaku, resah jiwaku, sekarang seperti benar-benar menghilang.
Mataku memerhatikan sahaja dia melayan anak-anakku yang sedang belajar. Anak-anak lebih cenderung untuk bertanya dengannya. Jika tidak mampu dijawab, barulah aku menjadi tempat rujukan.
*****
“Abang.”
“Ya saya?” Aku bangun dari sejadah. Solat witir selesai.
“Kalau saya nak ‘spill’, abang sudi dengar?”
Terkoyak bibirku dengan senyuman. “Jangan kata sayang ‘spill’, saya nak ‘spit’ pun abang sanggup dengar.”
Melayang bantal ke arah aku. Segera kutangkap. Tertawa.
Kemudian suasana bertukar sunyi. Wajahnya berubah menjadi mendung.
Hati aku tercuit. Kenapa? Aku segera bergerak mendekatinya. Naik ke atas katil dan duduk di sebelahnya. Bantal yang kutangkap tadi, aku letakkan pada pehaku.
“Kenapa ni sebenarnya? Matahari abang jadi malap pula ni?”
“Saya cemburu la dengan abang.”
“Aik. Cemburu apanya? Mana ada saya cari yang lain?”
Dia tersenyum kelat. “Ke situ pula dia.” Pinggang aku dicubit. Aku mengaduh. Kemudian tertawa. Tetapi nyata dia masih tidak gembira.
“Baik, baik. Sayang cemburu apa? Cerita dekat abang. The whole night pun tak mengapa.”
“Saya cemburu tengok abang sebagai lelaki. Abang boleh berjuang lebih banyak daripada kami perempuan. Kalau perasan, panglima-panglima perang adalah dari kalangan lelaki. Majoriti pemimpin masyarakat adalah dari kalangan lelaki. Lelaki fitrahnya lebih kuat dan banyak tenaga daripada kami, jadi boleh buat lebih banyak kerja. Lelaki sukar untuk jatuh dalam ruang emosi menyebabkan pandangannya kebiasaannya adalah rasional. Saya cemburu. Saya perempuan. Jaga anak. Kemas rumah. Apa sumbangan saya kepada ummat?” Dia menunduk. Muncung.
Mata aku membesar. “La hawla wala quwwata illa billah. Ini yang sayang saya fikir sampai mendung wajahnya?”
Dia mengangguk.
Perempuan lain sedih kerana tidak dibelikan baju yang cantik, kerana suaminya tidak ingat hari ulang tahun perkahwinan, sedih kerana tidak diberikan hadiah, dan isteriku sedih kerana merasakan sumbangannya sedikit untuk ummat dan membawa Islam?
Subhanallah.
Perlahan-lahan tanganku menggapai dagunya. Menggerakkan wajahnya agar kami bertentang muka.
“Sayang. Jangan cakap macam itu. Siapa kata sumbangan sayang sedikit?”
Dia diam.
“Bukankah semua lelaki itu dilahirkan oleh perempuan?” Aku bersuara. Tanganku mengusap pipinya. Aku dapat melihat matanya bergerak perlahan-lahan menatap wajahku.
“Bagaimana kalau perempuan-perempuan berhenti mendidik anak? Bukankah peratus untuk dunia ini dipenuhi anak-anak yang soleh, pemuda-pemudi yang soleh solehah akan menjadi sedikit?”
Dia masih diam.
“Dan bagaimana pula kalau lelaki-lelaki seperti abang ini, isterinya tidak melayannya dengan baik, tidak mengingatkannya kepada Allah SWT? Bukankah peratus untuk pemimpin-pemimpin yang baik itu wujud, lelaki-lelaki yang boleh menjadi tokoh masyarakat itu wujud, akan menjadi lebih sedikit?”
“Maka sayang yang abang kasihi. Sayang ini sebenarnya salah seorang daripada Soldadu Ilahi juga. Walaupun mungkin tidak mengangkat senjata seperti kebanyakan mujahid, tetapi sayang mencorakkan para mujahid daripada rumah lagi. Semenjak kandungan lagi. Sayang menjadi pendamping kepada mujahid, memberikan semangat kepadanya, menguatkannya. Bukankah itu satu perjuangan, dan satu sumbangan?”
“Allahuakbar.” Lafaz itu terluah daripada mulutnya. Aku dapat melihat air matanya tumpah. Mengalir perlahan-lahan pada pipi.
“Mari sini.” Aku menariknya. Merangkul pinggangnya. Membiarkan kepalanya merapat pada dadaku.
“Sayang sentiasa berharga untuk abang. Sentiasa berjasa. Sayang ringankan beban abang. Ceriakan jiwa abang. Bahagiakan hari-hari abang. Sayang didik anak-anak kita menjadi yang menyenangkan. Sayang sentiasa ingatkan kita sekeluarga kepada Allah SWT, dan sentiasa menyulami hari-hari kita dengan peringatan kepadaNya. Kalaulah sayang kata jasa sayang masih sedikit untuk ummah ini dan kami semua, maka abang akan malu kepada Allah SWT untuk menghadapkan kerja-kerja abang kepadaNya. Nyata, abang lebih sedikit bekerja jika demikian gayanya.” Rambutnya kuusap perlahan-lahan.
Aku dapat merasakan baju putih aku basah. Air matanya mengalir.
“InsyaAllah. Saya akan usaha yang lebih baik lagi untuk menjadi perempuan yang tergolong dalam kalangan tentera Allah SWT.” Dalam sedu dia bersuara.
Aku di dalam jiwa berkali-kali memujiNya.
Malu.
Bagaimana aku boleh merungut dan merasa letih dengan kerja-kerjaku?
Perlahan-lahan aku mengucup ubun-ubunnya.
Ya Allah, nyata Engkau mengajar aku dengan jalan yang tidak disangka-sangka.
*****
Aku mengambil fail yang terakhir. Rasa lapang pula hatiku ini. Seimbas kenangan-kenangan terhadap seorang manusia yang sering berada di sisiku, yang Allah anugerahkannya kepadaku, maka dengan alasan apa pula aku hendak bermalasan di dalam kerja-kerjaku?
Fail yang terakhir itu kuselesaikan segera. Sebaik sahaja aku usai meneliti dan menurunkan tanda tangan, aku pantas melihat jam tangan. 6.30 petang. Alhamdulillah. Tidak terlalu lewat. Kerana melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, tersusun dan cermat. Habis awal.
Pantas aku mengeluarkan telefon pintarku. Nama isteriku kucari, dan kemudian punat dail kutekan.
Aku menunggu.
Kedengaran panggilanku diangkat. Salamnya mendahului suaraku. Aku tersenyum.
“ Sayang malam ni lepas isya’, kita makan di hotel nak? Abang teringin nak belanja sayang dan anak-anak makan….”
“Demam? Taklah. Tinggal seorang soldadu Ilahi di balik rumah tangga itu telah memberikan semangat kehidupan yang baru kepada abang.”
“Ini bukan nak gulakan sayang la. Ini namanya mencoklatkan sayang.”
“Boleh tak wahai sayangku Aicha?”
Dan jawapannya adalah ya.
Seorang Soldadu Ilahi di balik rumah tangga.
Buat aku berfikir sejuta kali sebelum bermalas-malasan di atas jalanNya. Aku pantas bangun untuk keluar dari pejabat. Sambil itu, kusambungkan telefon pintarku dengan alat pendengar. Kusumbatkan ke dalam telinga. Mendengar lagu kegemaran diri.
*********
[Verse 1]
So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don’t nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real
She moves, she moves like a breeze
I swear I can’t get her out of my dreams
To have her shining right here by my side
I’d sacrifice all them tears in my eyes
[Chorus:]
Aicha Aicha – passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha – my my my (is it really real)
Aicha Aicha – smile for me now
Aicha Aicha – in my life
[Verse 2]
She holds her child to her heart
Makes her feel like she is blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Her lullaby fades away with his fears
[1/2 Chorus]
[Bridge]
She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo
[Verse 3]
Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining right right here by my side
I’d sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha – ecoute moi
Song: Aicha.
By: Outlandish
sumber: http://diarihati.com/blog/2011/11/29/cerpen-romantis/
Thursday, December 22, 2011
:: Bercinta Bukan Bercouple ::
Cinta adalah fitrah manusia. Kata orang cinta datang tanpa dipaksa. Ia juga pergi tanpa dipinta. Jika benar begitu, bagaimana kita dapat mengawal cinta yang hadir dalam diri? Sebelum ini saya pernah menulis tentang apakah itu cinta. Ia adalah amanah dari Allah. Penjelasan yang panjang lebar boleh di baca di sini.
Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.
Cinta itu ialah rasa yang istimewa dalam hati. Bercouple pula ialah perbuatan menzahirkan kasih sayang antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram dengan bermesej, berdua-duaan, berkasih sayang dan seumpamanya. Jika itu berlaku, ia bukan lagi cinta sejati, tetapi cinta yang telah dikotori hawa nafsu.

Apabila kita mencintai seseorang, kita tidak akan tergamak membawa dirinya ke kancah maksiat. Tidak sanggup membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa. Sebagai seorang muslim, cinta kita tidak sama dengan cinta seorang non-muslim. Cinta kita di batasi syarak. Cinta mereka tiada batasan melainkan meluahkannya semata-mata. Oleh itu cinta kita perlukan pengorbanan, bukan sekadar merasai nikmat bercinta.
Apabila kita menyukai seseorang, kita dibenarkan untuk mengenalinya dengan ta’aruf. Samada lelaki atau perempuan, masing-masing boleh berkenalan. Boleh sms jika perlu untuk mengenali hati dan budi bicara masing-masing. Namun bukan bercouple. Selepas kita saling menyukai antara satu sama lain, teruskan ikatan dengan bertunang. Bertunang itu ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu sebagai pasangan tunang. Tidak perlu persetujuan ibu bapa, tidak perlu rombongan dan sebarang hantaran. Itu semua sekadar adat Melayu.
Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.
Jaga batasan-batasan pergaulan ketika bertunang. Jika mahu keluar bersama, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada perempuan itu. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur.
Setelah melalui tempoh bertunang, tentukan samada kita dengan si dia sesuai bersama atau tidak. Jika sesuai teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak putuskan tali pertunangan itu dengan baik. Tiada istilah malu apabila berputus tunang. Islam sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah dikhabarkan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik dibuat secara diam-diam. Bukan dengan rombongan cik kiah yang masyarakat Melayu amalkan sekarang.
Sabda Nabi s.a.w: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan. Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka akan membawa malu besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu maka perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah dan indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.
Penerangan di atas berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun jika salah seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha memikat hatinya tetapi jangan melampau. Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya samada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia. Itulah perngorbanan kita dalam bercinta.
Andai benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya. Bahkan ramai pasangan suami isteri yang telah berkahwin atas dasar saling mencintai juga tidak dapat mengekalkan perkahwinan mereka sehingga akhir hayat kerana tiada kesefahaman. Perkahwinan mereka diakhiri dengan perceraian.
Oleh itu usahlah bersedih dan bermuram durja terlalu lama setelah cinta ditolak. Mulakanlah langkah untuk mencari cinta dengan insan lain. Pencarian itu biarlah kerana kita ingin berkahwin dengannya. Bukan sekadar bercouple dan berkasih-kasih semata-mata. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah seperti proses yang dinyatakan di atas. Taaruf, bertunang dan teruskan kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. Kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.
Bercinta bukan bercouple…

Sumber: http://wanwma.com/motivasi/bercinta-bukan-bercouple/









