Assalamualaikum..
Ceritanya bermula begini, hari Khamis 17 Mac 2011 selepas menghadiri satu program Tony Buzan tentang Mind Mapping, aku bergegas pulang ke kolej kediaman (KHAR). Aku jumpa wani di belakang Sg. Khar dan terus jumpa Kinah & Yat. Mereka bawa 2 buah motor, tapi malangnya masa tu aku berpakaian sopan dan manis. Jadi aku ambil keputusan, salin baju dan solat manakala Yat & Kinah bergerak ke destinasi.
Lebih kurang 30 minit, aku pun siap dan terus membawa motor dan membonceng wani. Hehehe. Kalau nak tahu, aku tak ada pun lesen motosikal ni. Tawakal je lah. Tapi agak kelakar bila aku bawa motor sebab ada senior Sejarah cakap (Kak Shaiha) aku bawa motor kaku. Hahaha.
Mujur masa tu tak banyak kenderaan, jadi jalan tu aku yang punya la. Hehehe. Akhirnya sampai juga di I love Corner. Cari-cari Kinah & Yat tapi tak jumpa pula mereka. Hurm, ke mana ye mereka. Selepas col, rupanya bukan disitu tempatnya. Jadi kami pergi ke depan lagi dan jumpa satu jalan berpasir. Kami pun lalu jalan di situ dan tiba-tiba suatu perkara yang tak diingini berlaku.
No comments:
Post a Comment