بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(¯`•¸•´¯)U Follow Me(¯`•¸•´¯)

Tuesday, January 4, 2011

# lif di KHAR #

adeyy penatnya..baru lepas mendaki tangga dari ground floor sampai tingkat 7..memang terbaikk..ni semua gara pagi tadi pukul 7.30..tekan butang lif dan menunggu..ting!! pintu lif pun terbuka..eh2! ada nina..ok muka dia nampak mcm tak cukup tidur, ekspresi muka dia baru lepas terkejut pun ada..ak tany kt dia, kenapa ni..dia pun cerita, tadi masa lif nak turun tiba2 dia mcm bergegar..ok fine dia sorg2 je dlm lif masa tu..perkara yang sama berlaku semasa kami dua org dalam lif...menggeletar kepala lutut ni..mcm2 dh fikir kt kepala..mcm mna kalau lif ni terhempas mcm dlm surat khabar hari tu..ahh!! lif beroperasi seperti biasa dan kami berhenti di tingkat 5 dan terus menuju ke tangga..mungkin itu lebih selamat..



CERITA DI BAWAH NI PUN MENARIK JUGAK


pic diatas: ''DEVIL''

Movie ni berkisar tentang kejadian lif tersangkut dalam sebuah bangunan. Secara tak sengaja terdapat 5 orang di dalam lif tersebut yang masing-masing ada kisah mereka sendiri. Setelah lif tersebut tiba-tiba tersangkut segalanya bermula.

Seorang demi seorang dalam lif tersebut terbunuh tanpa kita dapat menjangka siapa pembunuhnya dan kenapa dia bunuh semua orang. Bukan saja mereka dalam lif tersebut terbunuh malah orang-orang yang cuba membantu juga akan terbunuh secara misteri.

Selain dari 5 orang yang terperangkap dalam lif tersebut ada seorang pegawai polis yang secara tak sengaja juga berada di kawasan hotel tersebut jadi dia mengambil tanggung jawab untuk membantu mereka yang terperangkap.

Baik lah apakah sebenar rahsia di sebalik kisah ni? sebenarnya yang membunuh mereka-mereka ini adalah devil atau pun syaitan. Syaitan bunuh mereka kerana mereka semua mempunyai kejahatan-kejahatan yang mereka pernah lakukan. sekali-sekali fikir macam lawak pulak sebab kenapa pulak syaitan nak bunuh orang-orang jahat, bukan ke dia suka orang buat jahat. ahahaha tapi takpela dah movie tu macam tu nak buat macam mana kan.

Ok sambung lagi, untuk pengetahuan anda pegawai polis tu pun sebenarnya ada kisah hitam dalam hidupnya. Dia dah kematian anak dan isterinya kerana kes langgar lagi. Pembunuh keluarga nya hanya meninggalkan perkataan " i'am sorry" pada sekeping kertas flyer kat depan cermin kereta isterinya yang dah terbunuh. Apa perasaan anda kalau ini berlaku kat anda?

Baiklah, yang agak menarik tentang movie ini adalah kita tak berapa pasti siapa pembunuh sebenarnya? semua orang ada motif untuk membunuh tapi semua orang juga tak ada motif untuk membunuh semua orang dalam lif tersebut.

Kesudahan cerita ini? ok lah cerita aje lah kan? setelah semua terbunuh kecuali seorang lelaki yang kita sangka pembunuh dalam lif tu, sebenarnya syaitan akan muncul dalam tubuh seorang perempuan tua yg dah mati tu dan cuba bunuh juga lelaki terakhir tu..

dalam kelam kabut tu lelaki tu mengaku kejahatan yang pernah dia lakukan, sebenarnya beberapa tahun lepas dia dah terlanggar lari anak dan isteri polis tersebut. setelah mengaku syaitan tu tak jadi bunuh dia sebab dia dah insaf ahahaha lagi sekali macam pelik.

secara keseluruhan movie ni agak menarik, tak berapa rugi kalau pegi tengok atau beli DVD. Saya beri 3.5 bintang secara keseluruhan. SO HATI-HATI BILA NAIK LIF MANA TAU ADA KEJAHATAN YANG PERNAH ANDA LAKUKAN.. hehehhe


No comments:

Another Templates


-Dani-