بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(¯`•¸•´¯)U Follow Me(¯`•¸•´¯)

Tuesday, August 31, 2010

# malam simulasi bomba #

28 ogos 2010 merupakan kenagan yang tidak dapat aku lupakan. saat-saat bersama briged bomba tersemat indah dalam lipatan ingatan ku. walaupun assignment bertingkat tapi pengalaman di balai bomba tanjung malim sangat berharga. terima kasih kepada tenaga pengajar terutamanya en ibrahim serta jurulatih sekalian.

malam tu, kumpulan aku menjadi yang kedua masuk ke rumah kosong untuk "menyelamatkan mangsa" dengan berbekalkan breathing apparatus (B.A) yang sangat berat. kami tidak menggunakan oksigen tetapi hanya memakai mask dan pikul B.A untuk merasai bagaimana anggota bomba selamatkan mangsa.

5 orang satu kumpulan, ketua duduk depan, ija, bella n heddy kt tgh2 sebab dyorg tak pakai cermin mata jadi aku duduk paling belakang. ah! serupa je duduk mana pun sebab keadaan dalam tu memang gelap gelita hanya bertemankan flash kamera jurulatih je.



sangat menyeksakan ye kat dalam tu. memang sangat berat untuk aku pikul B.A tu tambahan lagi mask yang melekat kat muka tu sedikit sekali oksigen masuk. peduli apa! aku buka je mask tu, lemas aku masa tu. tangan kiri pegang tali, tangan kanan pegang mask akhirnya ada pulak tangan-tangan yang tarik B.A aku tu, nyaris-nyaris terpisah dengan orang depan(bella).


(bukan kumpulan aku tapi gambaran situasi didalam)

tengok gambar kat atas ni. aku tersangkut disini agak lama. yang ahli lain ok je. jurulatih tu cakap "langkah baik-baik jangan terus lompat je sebab tinggi tu" bayangkan B.A tu berat dibelakang nak naik lepas halangan tu pun susah, jadi jurulatih tu tolong tolak sikit B.A tu bagi senang naik. lepas tu nk turun pulak jadi masalah, kaki aku tak jejak tanah lagi..yang menggelikan hati aku, bella tolong dukung aku dari depan...hihihi=D aku peluk la dy kejap sampai kaki aku jejak..FUHH!! payah ye di situ...

dah lepas halangan tu, ada lagi yang mencabar. lalu kat tilam basah sambil merangkak. B.A yang berat tu membuatkan aku tak mampu nak bangun selepas merangkak, aku seolah-olah dihempap. masa aku nak merangkak tu pun pegang kaki bella, macam tak ada kekuatan nak bergerak. kesian bella..hihihi


halangan kat atas ni yang paling aku tak boleh lupa. sebab aku semua ahli terpaksa tunggu lama. nampak tembok ni tak tinggi tapi aku tersangkut disini. lebar yang kecik ni, kaki kanan aku tak lepas. aku tak tahulah kat belakang aku ada orang memerhatikan ke tidak, malu sangat sebab aku dah membuka langkah yang agak luas masa ni. dengan B.A aku yang tak lepas sebab tersangkut. aku berhenti menarik nafas kejap.huhu.

dah lama berlegar-legar kat dalam tu, akhirnya jumpa jugak "mangsa" tu. akihr sekali dah hampir dengan pintu keluar aku dibaling kotok kosak. DUSH!! adoi nasib baik tak sakit. aku dengan bella yang kena..haha..KENAGAN YANG SANGAT BEST=)

No comments:

Another Templates


-Dani-