بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(¯`•¸•´¯)U Follow Me(¯`•¸•´¯)

Saturday, June 18, 2011

:: Perasaan Apa Yang Hadir Ini ::

Aku tak faham dan tak mengerti apa perasaan yang telah hadir dalam diri aku sekarang ni. Ye, walaupun aku digolongkan oleh sesetengah org yang aku ni "blur" dan lambat "pick up" tapi aku tak yang mereka andaikan. Aku jadi tak selesa. Aku rasa lemah sangat bila perasaan itu hadir. Ya ALLAH aku mohon kau jauhkan perasaan itu, aku tau perasaan tu boleh membawa keburukan jika dia masih bersarang dalam diri ni. Aku tak mampu nak hadapi rutin harian setiap kali perasaan itu hadir. Huhuhu..






Sunday, June 12, 2011

:: Ku Tunggu Pinangan Mu ::

♥ Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahawa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi, kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

.

♥ Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tahu,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Jagalah sikapmu pada kami, maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami, cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridha pada kami. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami, santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami, bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh, Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

.
♥ kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

.
♥ Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

.

♥ Sungguh, kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tetapi kami tak akan mempertaruh pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu, agar kita boleh menjelang bersama JannahNya. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru,
Maka katakanlah, kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya “( Fii Zilalil Mahabbah )”

Sumber:

http://pakarcinta.com/blog/ku-tunggu-pinangan-mu/

:: Cinta Itu Tak Perlukan Sebab ::

Assalamualaikum..

Salam Sejahtera..


http://akuislam.com

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

♥Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..

♥Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.

♥Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!

♥Isteri : Abang tidak dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.


Isi surat tersebut :

“Sayangku..

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.

Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati


Sayang … aku sayang kamu …

kamu yang menumbuhkan cintaku..

kamu yang memberikan kebahagiaan untuk ku..

kamu yang memberikan senyum untuk ku..

kamu yang ditakdirkan bersama ku,,,

Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu,

Aku sangat merindukanmu…



Sumber: Bagiku, Cinta Itu Tak Perlukan Sebab | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/cinta-itu-tak-perlukan-sebab/#ixzz1P2ICUQLo

Saturday, June 11, 2011

:: Semasa Di Pangkor ::



Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Entri ni sepatutnya dh lama kena post. Tp ter"postponed". Apa2 pun kenangan manis dirasai saat itu. Ni ada gambar yg Si Azli edit, aku tukang download je. Hehehe.

Gambar 1: Bersama MPP lain, berposing ala2 samarinda.

Gambar 2: Kumpulan paling sempoi dan cool

Another Templates


-Dani-