بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(¯`•¸•´¯)U Follow Me(¯`•¸•´¯)

Saturday, August 27, 2011

:: Biarlah dia ::


"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”

Tuesday, August 23, 2011

Nur Kasih 2011

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Inteam's new single - Nur Kasih 2011 featuring Munif Hijjaz, Hisyam & Suhaimi. This is the bonus track from the best compilation album from Inteam- Kembara Sedekad Inteam. This album consist of 15 best songs from Inteam including 2 bonus track- Nur Kasih 2011 and Iftar. Log on to www.inteammobile.com to buy this album.

:: Ikan Masak Terutuk ::

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • lada kisar
  • bawang putih kisar
  • bawang besar dihiris
  • daun kunyit
  • ikan bawal yang telah digoreng
  • garam
  • santan pekat
Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis lada kisar hingga garing dan naik bau.
2. Kemudian letak bawang putih yang telah dikisar dan bawang besar yang telah dihiris. Gaul hingga rata.
3. Letak sedikit air, kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit.
4. Setelah itu, letak ikan bawal yang telah digoreng. Biar beberapa minit hingga mendidih.
5. Matikan api dan hidang untuk ORANG TERSAYANG..((=


Another Templates


-Dani-