بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(¯`•¸•´¯)U Follow Me(¯`•¸•´¯)

Friday, March 18, 2011

Sg. Khar

Assalamualaikum..

Wah! lama rasanya tak update blog. Masa yang ada pn diisi dengan perkara yang lebih penting. Malam ni aku nak cerita satu pengalaman memancing. Sangat seronok ye, rugi siapa tak cuba. Hehehe.


Ceritanya bermula begini, hari Khamis 17 Mac 2011 selepas menghadiri satu program Tony Buzan tentang Mind Mapping, aku bergegas pulang ke kolej kediaman (KHAR). Aku jumpa wani di belakang Sg. Khar dan terus jumpa Kinah & Yat. Mereka bawa 2 buah motor, tapi malangnya masa tu aku berpakaian sopan dan manis. Jadi aku ambil keputusan, salin baju dan solat manakala Yat & Kinah bergerak ke destinasi.



Lebih kurang 30 minit, aku pun siap dan terus membawa motor dan membonceng wani. Hehehe. Kalau nak tahu, aku tak ada pun lesen motosikal ni. Tawakal je lah. Tapi agak kelakar bila aku bawa motor sebab ada senior Sejarah cakap (Kak Shaiha) aku bawa motor kaku. Hahaha.


Mujur masa tu tak banyak kenderaan, jadi jalan tu aku yang punya la. Hehehe. Akhirnya sampai juga di I love Corner. Cari-cari Kinah & Yat tapi tak jumpa pula mereka. Hurm, ke mana ye mereka. Selepas col, rupanya bukan disitu tempatnya. Jadi kami pergi ke depan lagi dan jumpa satu jalan berpasir. Kami pun lalu jalan di situ dan tiba-tiba suatu perkara yang tak diingini berlaku.


Ada sekumpulan anjing liar berada di dalam kawasan tanaman, mujur anjing-anjing tersebut tidak melompat. Keluar peluh jantan. Hahaha. Kami teruskan jalan dan baru lah jumpa mereka. Rupanya tempat tu tersorok sikit, patut la tak nampak bayang mereka.


:: First time memancing (=::

Tuesday, March 1, 2011

# Setelah sekian lama #


:: Terasa masa pantas berlalu meninggalkan segala memori terindah::

10.45 a.m di perpustakaan Tuanku Bainun sedang gigih melangsaikan semua assignment. Betul ke? Hehehe.



Melalui kehidupan sebagai mahasiswi UPSI seperti biasa. Semakin hampir minggu akhir kuliah, semakin banyak yang perlu di laksanakan.



Jom buat Assignment!!! (=


Friday, January 14, 2011

# pamplet R.S.I #

Assalamualaikum.. Salam Jumaat..(=

A.U berjaya menyiapkan satu pamplet yang sangat cantik..YEAY!!



Rakan Studi Islam



Terima kasih kepada Siti Lela Azwa kerana bagi kerja untuk saya.

Kalau tidak mungkin sudah lupa macamana nak guna Adobe Ilustrator tu.

Sekurang-kurangnya dapat refresh balik..YESS!!!

Yang paling best, Siti Lela Azwa nak belanja saya makan eskrim..

Eh, tapi malam tadi, dia kata nak masak kt rumah..

Hurm, antara makan eskrim dengan makan masakan dirumah mana lebih untung yek...0,o

hehehe..

‎: saya cakap banyak ke Hazimah Husna Au ? hehe erm nway.tq al0ts! :)
10 hours ago · · · Remove tag
  • You like this.
    • Hazimah Husna Au sebenarnya dua-duan bnyk ckp..ahaha..nasib baik kerja siap...=D
      10 hours ago ·
    • Lela Azwa sy tny sbb sy rse otot2 d sekeliling pipi sy tegang..mulut sy penat..hehe tau xpe..alhmdulillah..tenkiu sgt2..nnti sy banje eskrim k..ehehehe ;)
      7 hours ago ·
    • An Nur Farhah Amanina Wahh... Blanja eskrim? nak jugakkk!! haha..
      5 hours ago ·
    • Hazimah Husna Au nina, motif derr...
      3 hours ago ·

Tapi disini Nina pun nak aiskrim jugak...hehehe (=


Tuesday, January 11, 2011

# bersua kembali #


::Ajimah Una story::

Kami bersua kembali di tahun baru, kenangan baru terpahat kembali. Terima kasih kepada Bonda, Pn Shai, Kak Ija (gayatt), Kak Nadiah (bergurau ey), Kak Jue (ginjal goyang), Tiqah, Nina, Ros, Kathy & Zaty kerana memeriahkan rumah Bonda.



pic diatas: kalumpang

Pukul 4ptg tiba di kalumpang. 5buah kereta konvoi ke kalumpang. Wira, Saga ada 3 dan MyVi Kenderaan keluar masuk, mujur ada tempat parking kereta yang kosong.


pic ini: bergambar sebelum balik.

Pukul 6 semua bergerak pulang. Ada yang dah salin baju, ada juga yang balik dengann baju basah sebab tak bawa baju salin. Kak Shai, Tiqah, Lia Aloya, Ros, Kak Jue dan saya dengan baju yang lembap2 basah pergi ke pekan. Orang-orang yang bergesel dengan baju kami, mesti cakap "kenapa orang ni, banjir ke kt TM basah segala baju"


pic ini: bergambar di pekan..haha


pic ini: menu utama di rumah bonda

Sedap lah masakan Kak Ija. Nampak simple, nampak lagi sekali macam sikit je, rasa macam tak cukup. Tapi semua dapat rasa dengan kenyang. Ada seseorang tu dia makan siap tambah 3kali makan..ahakz! =D



Tuesday, January 4, 2011

# lif di KHAR #

adeyy penatnya..baru lepas mendaki tangga dari ground floor sampai tingkat 7..memang terbaikk..ni semua gara pagi tadi pukul 7.30..tekan butang lif dan menunggu..ting!! pintu lif pun terbuka..eh2! ada nina..ok muka dia nampak mcm tak cukup tidur, ekspresi muka dia baru lepas terkejut pun ada..ak tany kt dia, kenapa ni..dia pun cerita, tadi masa lif nak turun tiba2 dia mcm bergegar..ok fine dia sorg2 je dlm lif masa tu..perkara yang sama berlaku semasa kami dua org dalam lif...menggeletar kepala lutut ni..mcm2 dh fikir kt kepala..mcm mna kalau lif ni terhempas mcm dlm surat khabar hari tu..ahh!! lif beroperasi seperti biasa dan kami berhenti di tingkat 5 dan terus menuju ke tangga..mungkin itu lebih selamat..



CERITA DI BAWAH NI PUN MENARIK JUGAK


pic diatas: ''DEVIL''

Movie ni berkisar tentang kejadian lif tersangkut dalam sebuah bangunan. Secara tak sengaja terdapat 5 orang di dalam lif tersebut yang masing-masing ada kisah mereka sendiri. Setelah lif tersebut tiba-tiba tersangkut segalanya bermula.

Seorang demi seorang dalam lif tersebut terbunuh tanpa kita dapat menjangka siapa pembunuhnya dan kenapa dia bunuh semua orang. Bukan saja mereka dalam lif tersebut terbunuh malah orang-orang yang cuba membantu juga akan terbunuh secara misteri.

Selain dari 5 orang yang terperangkap dalam lif tersebut ada seorang pegawai polis yang secara tak sengaja juga berada di kawasan hotel tersebut jadi dia mengambil tanggung jawab untuk membantu mereka yang terperangkap.

Baik lah apakah sebenar rahsia di sebalik kisah ni? sebenarnya yang membunuh mereka-mereka ini adalah devil atau pun syaitan. Syaitan bunuh mereka kerana mereka semua mempunyai kejahatan-kejahatan yang mereka pernah lakukan. sekali-sekali fikir macam lawak pulak sebab kenapa pulak syaitan nak bunuh orang-orang jahat, bukan ke dia suka orang buat jahat. ahahaha tapi takpela dah movie tu macam tu nak buat macam mana kan.

Ok sambung lagi, untuk pengetahuan anda pegawai polis tu pun sebenarnya ada kisah hitam dalam hidupnya. Dia dah kematian anak dan isterinya kerana kes langgar lagi. Pembunuh keluarga nya hanya meninggalkan perkataan " i'am sorry" pada sekeping kertas flyer kat depan cermin kereta isterinya yang dah terbunuh. Apa perasaan anda kalau ini berlaku kat anda?

Baiklah, yang agak menarik tentang movie ini adalah kita tak berapa pasti siapa pembunuh sebenarnya? semua orang ada motif untuk membunuh tapi semua orang juga tak ada motif untuk membunuh semua orang dalam lif tersebut.

Kesudahan cerita ini? ok lah cerita aje lah kan? setelah semua terbunuh kecuali seorang lelaki yang kita sangka pembunuh dalam lif tu, sebenarnya syaitan akan muncul dalam tubuh seorang perempuan tua yg dah mati tu dan cuba bunuh juga lelaki terakhir tu..

dalam kelam kabut tu lelaki tu mengaku kejahatan yang pernah dia lakukan, sebenarnya beberapa tahun lepas dia dah terlanggar lari anak dan isteri polis tersebut. setelah mengaku syaitan tu tak jadi bunuh dia sebab dia dah insaf ahahaha lagi sekali macam pelik.

secara keseluruhan movie ni agak menarik, tak berapa rugi kalau pegi tengok atau beli DVD. Saya beri 3.5 bintang secara keseluruhan. SO HATI-HATI BILA NAIK LIF MANA TAU ADA KEJAHATAN YANG PERNAH ANDA LAKUKAN.. hehehhe


Another Templates


-Dani-